Program Advokasi di SMK Semerah Padi
22 Julai 2017 | Aktiviti TerkiniPada 21 July 2017 (Jumaat) PI PPR Taman Dahlia bekerjasama dengan PI PPR Taman Malihah mengadakan Program KDB di Sekolah Menengah Kebangsaan Semerah Padi, Kuching bersama dengan sebuah lagi PI iaitu PI Pasir Pandak. Program ini bertujuan untuk memberi pengenalan & fungsi Pusat Internet kepada pelajar sekolah. Selain itu, ia menerangkan mengenai keburukan dan kebaikan penggunaan internet, media sosial dan impaknya kepada golongan remaja. Pihak kami juga mengadakan tayangan video KDB dan sesi soal jawab dengan pelajar.
Aktiviti ini berlangsung selama 2 jam 30 minit bermula 8.00 pagi sehingga 10.30 pagi yang disertai oleh 190 orang pelajar dari tingkatan 4 termasuk seorang guru. Kebaikan yang para peserta ini akan perolehi adalah mereka akan lebih berhati-hati semasa melayari internet terutamanya di media social, malah para peserta akan lebih untuk berani dalam kemahiran kendiri. Kelas tamat pada jam 10.30 pagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: